Anda di sini

Terengganu disaran ambil pendekatan lain untuk pembahagian Dana Raya

Advertisement

DUNGUN: Kerajaan Ne-geri Terengganu disaran mengambil pendekatan lain untuk pembahagian Dana Raya dan Bakti Remaja pada tahun depan berikutan kesesakan di semua kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di negeri ini sejak dua minggu lalu.

Beberapa penerima dana yang ditemui berkata cara pembahagian dana pada tahun ini agak menyusah-kan mereka kerana mereka terpaksa bersesak-sesak dan beratur panjang untuk mengambil wang di kaunter BSN.

Tinjauan Bernama di sekitar BSN di daerah ini dan juga di sekitar bandar raya Kuala Terengganu mendapati se-awal jam 8 pagi, orang ramai mula memenuhi pekarangan BSN dan beratur menunggu giliran masing-masing.

Seorang penerima, Mohd Lutfi Haziq, 30, berkata sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan hanya memasukkan wang ke nombor akaun penerima seperti yang dilakukan kerajaan pusat untuk pembahagian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini.

“Cara pembahagian dana tahun ini memang agak menyusahkan, mula-mula kami(penerima) perlu ke rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mengambil baucar, kemudian kami perlu bawa baucar ini ke BSN untuk ditukar.

“Kalau tahun lepas, kami perlu ke dewan dan diadakan majlis penyerahan, pekerja BSN pergi ke dewan tersebut, orang ramai berasak-asak di dewan, tahun ini kami berasak-asak di BSN pula. Apa salahnya kalau kerajaan negeri hanya memasukkan wang ke akaun kami?,” katanya.

Seorang lagi penerima, Azizah Awang, 36, ibu tunggal dari Paka berkata cara pembahagian dengan menukar baucar di BSN sememangnya menyusahkan penerima terutamanya bagi golongan wanita serta warga emas.

“Masing-masing main tolak-tolak sebab dah tak tahan kena tunggu lama… saya sangat kasihan bila tengok orang tua yang turut beratur menunggu untuk ambil duit, mereka mana tahan nak berdiri lama-lama.

“Saya beratur hampir empat jam, dari jam 11 pagi, sekarang (2.45 petang) baharu dapat duit… memang kami berterima kasih kepada kerajaan negeri sebab bagi kami dana raya ini, tapi kerajaan negeri perlu fikirkan cara lain untuk elakkan kesesakan di BSN berulang lagi,” katanya yang turut memuji kerajaan negeri menghapuskan sistem borang pada tahun ini.

Bagi seorang kakitangan swasta, Nurul Yaqira Deraman, 26, yang mendapat dana bakti remaja sebanyak RM200, beliau mengambil keputusan untuk tidak menebus baucar buat masa sekarang kerana tidak sanggup beratur panjang dan menunggu lama di bulan Ramadan ini.

“Saya memang tak sangguplah nak beratur panjang jadi saya ambil keputusan nak tebus lepas raya ni sebab tarikh tamat tempoh baucar 30 Nov,” katanya.

Menurutnya, beliau bersetuju sekiranya kerajaan negeri ataupun BSN menyediakan kaunter bergerak di lokasi ditetapkan supaya penerima tidak lagi perlu ber-atur panjang dan menunggu lebih lama.

Pada 26 Jun, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman meng-umumkan kerajaan negeri meluluskan lebih RM56 juta dana raya untuk lebih 70,000 penerima mengikut kategori. — Bernama

 

Advertisement