Anda di sini

SPAD siasat 4,187 kes pelbagai kesalahan pengangkutan awam

Advertisement

JOHOR BAHARU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membuka kertas siasatan untuk 4,187 kes bagi kesalahan yang dilakukan dari Januari hingga akhir Jun lepas.

Ketua Bahagian Penguat-kuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata dari jumlah itu, 1,244 kes melibatkan kenderaan teksi, 980 (bas), 1,895 (lori), 44 (ulat) dan 27 (teksi sapu).

“Kertas penyiasatan akan mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk disiapkan sebelum dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya sama ada untuk di kompaun atau didakwa di mahkamah terhadap pesalahnya,” katanya.

Beliau berkata pesalah boleh didakwa di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM1,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kes ulat, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 205 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Che Hasmi berkata kes yang melibatkan teksi boleh didakwa di bawah Seksyen 16 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,00 atau penjara tidak lebih 10 bulan.

Beliau berkata antara kesalahan yang dilakukan termasuk lori yang membawa lebih muatan, bas tidak mengikut laluan yang ditetapkan, bas tidak memiliki lesen, kaunter bas tidak mengawal jualan tiket, bas memendekkan laluan perjalanan dan teksi tidak menggunakan meter.

Kelmarin 124 anggota dari pelbagai agensi penguatkuasaan seperti SPAD, Polis Di-raja Malaysia, Jabatan Peng-angkutan Jalan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna-an, Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Johor Baharu, Jabatan Kesihatan dan Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia melakukan operasi selama dua jam dan mengenal pasti 32 kes kesalahan. — Bernama

 

Advertisement