Anda di sini

Satu permulaan yang baik buat Van Gaal

Advertisement

‘The Red Devils’ gah dengan mencatat kemenangan besar 7-0 ke atas LA Galaxy

  PASADENA, Amerika Syarikat: Era Louis van Gaal sebagai pengurus Manchester United bermula dengan langkah kanan Rabu lepas dengan kemenan­gan 7-0 dalam perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) Los Angeles Galaxy.

Penyerang England Wayne Rooney menjaringkan dua gol pada babak pertama manakala Reece James, 20, dan Ashley Young turut menyumbang dua gol setiap seorang dan Danny Welbeck meny­umbat gol untuk men­jadikan perlawanan pertama van Gaal sebagai pemegang tampuk satu kejayaan yang tinggi.

“Mereka bermain dengan hebat sekali pada hari ini,” kata van Gaal yang dipancing dua bulan lalu untuk meng­gantikan David Moye s yang dipecat oleh ke­lab Liga Perdana Inggeris itu tetapi hanya mengambil alih tampuk selepas membimbing Belanda untuk menduduki tem­pat ketiga di kejohanan Piala Dunia.

Selepa s Welbec k membuka jaringan pada minit ke-13 dengan satu rembatan dari jarak 25 ela yang masuk selepas terk­ena tiang, Rooney menggandaka n jaringan apabila beliau menyem­purnakan satu tendangan penalti pada minit ke-42 selepas pemain tengah Galaxy A.J. Delagarza memegang bola hantaran lintang daripada Anto­nio Valencia.

Tiga minit kemudian, pe­main pertahanan Los Angeles Tommy Meyer gagal un­tuk memintas bola hantaran lintang daripada Welbeck, sekali gus memberi satu lagi peluang kepada Rooney untuk menewaskan Jaime Penedo dan beliau menolak masuk gol keduanya pada malam itu.

Selepas men­dahului 3-0 ke atas pasu­kan Galaxy yang kini m e n ­duduki tempat keempat dalam Persidangan Barat MLS, van Gaal membuat sembilan pe­rubahan kepada pasukannya pada waktu rehat.

Hanya dua sahaja pemain yang memulakan perlawanan dikekalkan iaitu pemain yang baharu dibeli, Ander Herrera dan Darren Fletcher, yang diberi lilitan lengan kapten se­mentara van Gaal memikirkan pemain yang akan memegang peranan tersebut sepenuh masa ekoran pemergian Ne­manja Vidic ke Inter Milan.

James menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke- 62 se­lepas beliau menyambar bola hantaran lintang dari Young dengan merembat masuk.

Beliau menambah golnya yang kedua pada minit ke-84 apabila beliau menolak masuk bola yang melantun dari rem­batan Young.

“Apabila anda melihat kami berlatih, anda dapat menjang­kakan sesuatu, tetapi bukan 7-0,” kata van Gaal. “Ia bagi saya adalah satu kejutan. Ia juga gol-gol yang cantik. Kami menjaringkan gol menerusi seran­gan-serangan cantik.”

Pen­gurus berusia 62 tahun dari Belanda itu ditugaskan untuk mengembalikan United ke kedudukan mereka sebagai kuasa terunggul dalam Liga Perdana selepas mereka men­jalani kempen yang menyedi­hkan pada musim lepas dan menyaksikan mereka men­duduki tempat ketujuh lalu gagal untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Van Gaal khususnya gem­bira dengan

keputusan yang memberikan keyakinan kepada para pe­mainnya dalam sistem baharu yang beliau laksanakan dan beliau percaya akan membole­hkannya untuk menggunakan dengan lebih baik bakat peny­erang yang begitu ramai.

“Saya selalu berpendapat keputusan yang bagus adalah penting,” katanya. “Apabila saya memperkenalkan sistem baharu, maka setiap keputu­san yang baik dapat memban­tu. Ia membantu membina keyakinan kepada sistem baharu.”

Walaupun van Gaal menyuarakan kera­guan bahawa jelajah ke Amerika Utara selama lebih dua minggu adalah cara terbaik untuk ber­siap sedia bagi musim de­pan, peminat di California tidak syak lagi begitu teruja dengan kesempatan untuk melihat Manchester United beraksi.

Stadium Rose Bowl yang indah, lokasi perlawanan akhir Piala Dunia 1994, menarik seramai 86,432 penonton dan diselubungi warna merah.

United kini beralih kepada Piala Juara- Juara Antarabangsa, satu himpunan per­lawanan pramusim yang memapar­kan lapan kelab Eropah, semua bersiap sedia un­tuk permulaan kempen domes­tik masing-mas­ing. — AFP

Advertisement