Anda di sini

PIBG SMK Kampung Nangka anjur jogaton, kutip dana

Advertisement

GERAI: Program jogaton tersebut turut menyediakan gerai menjual makanan dan minuman.

BERSEMANGAT: Para guru dan ibu bapa yang terlibat dalam Larian Jogathon PIBG 2014.

 

MULA: Dr Annuar melepaskan peserta Larian Jogaton PIBG SMK Kampung Nangka. (Gambar atas)

Oleh Borhaniza Ali Basah //

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kampung Nangka di Sibu telah menganjurkan Larian Jogaton PIBG 2014 di pekarangan sekolah tersebut, baru-baru ini.

Acara larian ini melibatkan para guru, ibu bapa dan pelajar.

Larian terbahagi kepada beberapa kategori iaitu ibu bapa dan guru, perempuan B (sesi petang) perempuan A (sesi pagi), lelaki B (sesi petang), dan lelaki A (sesi pagi).

Larian telah dilepaskan pada jam 7 pagi oleh ADUN Nangka Dr Annuar Rapaiee yang menjadi tetamu kehormat.

Larian Jogaton PIBG 2014 merupakan acara tahunan pihak PIBG sekolah bagi mengutip dana untuk menaik taraf infrastruktur sekolah.

Jogaton ini berjaya mengutip dana sebanyak RM35,390 untuk membantu dan menyokong kecemerlangan pelajar.

Dalam ucapannya, Dr Annuar berkata, program seumpama ini mampu membantu memajukan sekolah daripada segala aspek.

Sementara itu, kategori lelaki A (sesi pagi) telah dimenangi Mohd Redzuan Saiddin manakala kategori lelaki B (sesi petang) dimenangi oleh Mohd Al Fashah Kasah.

Bagi kategori perempuan A (sesi pagi) dimenangi oleh Priscella Ambrose dan bagi sesi petang dimenangi oleh Nadiana Abdullah.

Manakala kategori lelaki C (PIBG/Guru) dimenangi oleh Sabli Sidi dari PIBG.

Kategori wanita C (PIBG/Guru) dimenangi oleh Yek How Sing wakil guru SMK Kampung Nangka.

Advertisement