Anda di sini

Pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 11 boleh disemak di laman web

Advertisement

KUALA LUMPUR: Semakan pemilihan dan penempatan bagi bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 3 Siri 11/2014 boleh dilakukan menerusi laman web www.khidmatnegara.gov.my mulai semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), kumpulan itu akan menjalani latihan mulai 16 Ogos hingga 9 Nov ini.

Ia berkata sekiranya bakal pelatih tidak menerima Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) yang dihantar melalui pos sejak 14 Julai lepas, mereka boleh memuat turun NPP itu melalui laman web khidmat negara.

Bakal pelatih juga boleh membuat semakan melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip PLKN (JARAK) KEM (JARAK) NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888. — Bernama

Advertisement