Anda di sini

Liputan menyeluruh Sukan Komanwel 2014 di Astro

Advertisement

 

 

 

KUCHING: Astro akan membawakan liputan secara langsung dan menyeluruh li­putan Sukan Komanwel 2014 melalui platform televisyen dan Astro on the Go.

Acara sukan yang diadakan di Glasgow ini dijadualkan berlangsung bermula dari 24 Julai hingga 4 Ogos 2014.

Pelanggan Astro yang melanggan Pek Sukan dan Superpack akan menerima ‘Commonwealth Games Pass’ yang membolehkan mereka menonton acara sukan terse­but melalui saluran khusus yang terdiri dari lapan saluran definisi standard (SD) dan lapan saluran definisi tinggi (HD) serta akses percuma untuk menonton tujuh salu­ran dedikasi menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro on the Go.

Bagi pelanggan Astro yang lain pula boleh membeli pas khas ‘Commonwealth Games Pass’ ini dengan harga RM20 dan pembelian boleh dilaku­kan menerusi saluran 200.

Astro turut memberi pe­luang buat semua pelang­gan Astro dan NJOI untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air secara khu­susnya menerusi Astro Arena Saluran 801.

Manakala, seluruh rakyat Malaysia juga boleh me­nonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma.

Selain itu, bagi mereka yang bukan pelanggan Astro yang ingin mengikuti liputan penuh Sukan Komanwel ini boleh membeli ‘Common­wealth Games Pass’ untuk mendapatkan akses kepa­da tujuh saluran dedikasi menerusi Astro on the Go. Untuk maklumat lanjut, sila layari onthego.astro.com. my.

Ketua Perniagaan Sukan Astro Lee Choong Khay ber­kata, “Astro terus berusaha dalam membawakan liputan secara langsung pelbagai acara sukan untuk rakyat Malaysia antaranya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 Sochi, Piala Thomas dan Uber 2014 dan pastinya Piala Dunia FIFA 2014 Brazil.”

Untuk Sukan Komanwel kali ini, Astro menawarkan liputan menyeluruh lebih dari 2,000 jam menerusi 16 saluran dedikasi (lapan saluran HD dan lapan saluran SD) serta tujuh saluran di platform As­tro on the Go.

Bagi para pelanggan NJOI dan juga yang bukan pe­langgan Astro turut boleh mengikuti acara sukan ini di saluran Astro Arena tanpa sebarang cas tambahan.

Advertisement