Anda di sini

Bolt yakin mampu berlari lebih pantas

Advertisement

 

KINGSTON, Jamaica: Pemenang pin­gat emas Olimpik sebanyak enam kali Usain Bolt dan jurulatihnya Glen Mills percaya pemecut Jamaica itu dapat ber­lari jauh lebih pantas ketika beliau men­yasari kejohanan dunia 2015 dan Sukan Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro.

Ia sudah lima tahun sejak Bolt men­cipta rekod dunia 9.58 saat dalam acara 100 meter dan 19.19 saat yang terbaik dalam acara 200 meter di kejohanan dunia Berlin, dan musim ini bermula lewat baginya tatkala beliau pulih dari pembedahan kaki kecil dan kecederaan hamstring.

Atlet yang kurus tinggi dari Jamaica itu tidak berlatih selama sembilan minggu selepas beliau menjalani pembedahan pada kaki kirinya Mac lalu tetapi menepis sebarang dakwaan bahawa beliau mung­kin sudah melepasi tahap terbaiknya ketika beliau bersiap sedia untuk acara pecut berganti-ganti di Sukan Koman­wel di Glasgow pada bulan depan.

“Secara peribadi, saya rasa tidak,” kata Bolt, 27, kepada Reuters di pusat latihannya di Kingston ketika ditanya sama ada masanya yang terpantas kini sudah menjadi sejarah.

“Segalanya cuma mengenai dedikasi. Setiap tahun saya telah cedera pada suatu ketika setiap musim, jadi perkara pent­ing adalah cuba untuk kekal bebas dari kecederaan, cuba lebih fokus kepada acara balapan dan padang, dan tidak diganggu oleh perkara lain.

“Cuba kurangkan sedikit perkara tu­gasan penaja dan benda seperti itu bagi musim akan datang, cuba membataskan­nya sebanyak mungkin. Baharulah saya dapat meningkatkan usaha dengan lebih lagi dan saya ada lebih banyak masa untuk berlatih dan kekal cergas dan fokus.”

Jurulatih Mills, yang membimbing Bolt untuk memenangi enam pingat emas Olimpik dan rekod 10 pingat kejohanan dunia sejak 2007, turut percaya pemecut itu berupaya untuk berlari dengan lebih pantas lagi.

“Saya tidak akan menyatakan kita su­dah melihat yang terbaik daripadanya,” kata Mills kepada Reuters selepas men­gadakan latihan pecat bersama Bolt.

“Saya rasa beliau berupaya berlari dengan lebih laju jika beliau melaku­kan persiapan yang tidak diganggu oleh kecederaan.”

Bolt seakan-akan menolak kemungki­nan bagi pertarungan yang amat menarik pada tahun ini dengan atlet Amerika Sya­rikat yang sedang menunjukkan prestasi cemerlang Justin Gatlin.

“Saya rasa pertarungan itu tidak akan berlaku,” kata Bolt. “Saya baharu kembali, jadi saya cuma berusaha untuk kembali cergas dan menyertai beberapa perlumbaan, hanya demi peminat.”

Gatlin, pemenang pingat perak dunia yang belum tewas pada tahun ini, men­catatkan masa terbaik 9.80 saat pada musim ini dalam acara 100 meter selain turut mencatatkan masa terbaik dunia 19.68 saat bagi acara 200 meter.

“Saya sebenarnya tidak bimbang, saya agak beliau sedang melakukan perkara yang sepatutnya,” kata Bolt. “Saya cuma mahu kembali dan fokus kepada apa yang saya perlukan lakukan untuk musim ini, dan kemudian hanya mengalu-alukan musim akan datang.” — Reuters

Advertisement