Anda di sini

RELA Saratok agih 300 bungkus bubur lambuk kepada masyarakat

Advertisement

Oleh Kepu Sidi

 

GOTONG-ROYONG: Anggota RELA Saratok bekerjasama menyiapkan 300 bungkus bubur lambuk.

SEBANYAK 300 bungkus bubur lambuk diagihkan oleh Pejabat Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Saratok kepada masyarakat setempat pada majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Saratok petang kelmarin.

Ketua RELA Daerah Saratok, Mohamad Zaini berkata program ini dianjurkan bagi menyemarakkan suasana bulan Ramadan di kalangan penduduk Islam pada masa sekarang.

“Seramai 35 orang anggota sukarelawan dan dua pegawai RELA mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong menghasilkan bubur lambuk bermula jam 8 pagi sehingga 3 petang.

“Bubur lambuk yang siap dihasilkan kemudian diagihkan kepada penduduk berdekatan dengan Masjid Jamek Saratok sebelum majlis pengagihan rasmi dilakukan selepas itu,” katanya.

Dengan adanya majlis itu, maka diharapkan penduduk berbilang kaum di kawasan Saratok dapat menikmati kemeriahan suasana bulan Ramadan bersama penduduk Islam lain.

Tambahnya, program ini turut menjadi landasan bagi semua pihak, khususnya anggota RELA mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

 

Advertisement