Anda di sini

Evra kekal dengan hasrat untuk berpindah ke Juventus

Advertisement

MANCHESTER, England: Pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra, dijangka meneruskan rancangan perpindahan bernilai 2.5 juta pound ke Juventus.

Pemain antarabangsa Perancis itu ada mengadakan rundingan dengan jurulatih baharu Juventus, Massimo Allegri, yang memberi jaminan di mana Evra masih menjadi buruan kelab walaupun Antonio Conte meletak jawatan.

United juga dikatakan berminat mendapatkan pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen, yang masih bercuti bersama pemain antarabangsa Belanda yang lain seperti Robin van Persie dan Stefan de Vrij selepas kempen Piala Dunia 2014.

Lazio melihat bidaan mereka untuk Vrij telah ditolak dan pengarah sukan Feyenoord, kelab asal Vrij, Martin Van Geel, memberitahu RTV Rijnmond: “Ia masuk akal di mana pemain mahu berpindah tetapi ia harus kelab yang betul dan dengan harga yang betul. Saya gembira kami tidak menerima tawaran Lazio kerana ia terlalu rendah. Selepas itu, tiada tawaran lain diterima.”

Pemain pertahanan Ajax, Daley Blind, 24, juga antara pilihan buat United.

Kelab Blackburn Rovers dan Cardiff dikatakan berminat mendapatkan pemain pertahanan United, Michael Keane untuk kontrak pinjaman.

Naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward, berkata: “Ada banyak urusan yang berlaku ketika ini.

“Kami sudah bekerja dengan Louis untuk beberapa minggu berhubung pemain sasarannya dan kami akan meneruskan urusan untuk beberapa lagi pemain buruan. Kelab ini masih menarik perhatian beberapa pemain bintang dunia.” — Reuters

Advertisement