Anda di sini

Penyediaan bubur lambuk mendapat sambutan di Dalat

Advertisement

RAMAI-RAMAI: Kakitangan agensi dan jabatan kerajaan beramai-ramai menyiapkan bubur lambuk sebelum diagih kepada orang ramai.

RAKAM KENANGAN: Kakitangan agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat menyediakan bubur lambuk bersama-sama membungkus bubur untuk diagihkan kepada orang ramai

SAMBUTAN BAIK: Para pengguna jalan raya berbaris panjang menunggu giliran untuk mengambil bubur lambuk.

 

 

Oleh Nicklos Louis Kaderi //

PROGRAM pengagihan bubur lambuk anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama sukarelawan daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan telah mendapat sambutan memberangsangkan di Dalat, baru-baru ini.

Program tersebut berjaya mengagihkan sekurang-kurangnya 1,000 bungkus bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Dalat termasuk pengguna jalan raya.

Program yang diadakan di pekarangan Pejabat Daerah Dalat itu bermula sekitar jam 1 petang dengan aktiviti mengacau bubur lambuk secara bergotong-royong.

Program tersebut bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat bersempena bulan Ramadan selain mengekalkan hubungan yang baik antara agensi dan jabatan kerajaan.

Pengagihan bubur lambuk telah disempurnakan oleh SAO Dalat.

Zarni Rapiee dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan lain.

Advertisement