Anda di sini

Pelancongan terus memberangsangkan

Advertisement

Oleh Jessica Jawing

BERBUKA BERSAMA: Rashid (duduk dua kiri) bersama sebahagian daripada wartawan daripada media cetak, elektronik dan blogger pada majlis berbuka puasa tersebut.

KUCHING: Sarawak tetap merekodkan ketibaan pelancong yang memberangsangkan pada empat bulan pertama tahun ini dengan pertumbuhan 7.5 peratus meskipun terdapat beberapa insiden yang tidak menentu di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Datuk Rashid Khan berkata malahan pera-tusan pertumbuhan ketibaan pelancong itu melepasi sasaran tujuh peratus bagi Januari hingga April.

“Ini merupakan satu peningkatan apabila kita menyasarkan tujuh peratus per-tumbuhan ketibaan tetapi kita mencapai 7.5 peratus.

“Walaupun berlakunya masalah dari segi pasaran sumber pelancong seperti China, selepas insiden MH370, kita masih mampu mencatatkan pertumbuhan,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa STB Ber-sama Media di sini, malam kelmarin.

Menurut Rashid, bagaimanapun mereka tidak dapat menjangkakan trend pada bulan Mei kerana khuatir kesan yang berlaku hanya akan dirasai kemudian.

Sehubungan itu, katanya, STB akan terus berusaha bagi memastikan trend peningkatan berlaku dengan membuat pemantauan terhadap masalah yang dihadapi terutama dalam pelbagai aspek pasaran.

“Kami akan berusaha apa yang kami mampu bagi memastikan kami terus memantau masalah ini terutamanya pelbagai pasaran seperti ketidaktentuan politik dan situasi ekonomi yang tidak menentu.

“Maka itu, kami akan menumpukan pasaran wilayah berkenaan perkara-perkara itu untuk meningkatkan ketibaan pelancong ke Sarawak,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis berbuka puasa yang diadakan, Rashid memberitahu ia untuk merapatkan lagi silaturahim antara media tempatan sama ada media cetak, elektronik atau blogger.

“Kita bersama rakan media kita semasa bulan puasa sambil berbuka bersama untuk mengucapkan tanda terima kasih kita kerana telah menyokong usaha dan inisiatif yang dilaksanakan untuk mempromosikan Sarawak melalui mereka.

“Dengan ini kami berharap sokongan yang diberikan akan berterusan pada masa akan datang,” katanya.

 

Advertisement