Anda di sini

KRT Long Tuma, JKM Lawas hulur kerusi roda kepada OKU

Advertisement

MIRI: Kelab Rukun Tetangga (KRT) Long Tuma dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lawas menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada seorang orang kurang upaya (OKU) di Kampung Long Segaman, Jalan Lawas.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada Laura Jane oleh Timbalan Pengerusi KRT Long Tuma, Albert Ajeng dan turut disaksikan Penghulu Davis Parag, Ketua Kampung Long Segaman Siran Tagal, Ketua Kampung Sahabat Baru Stanley John Baru, Kaunselor Awang Emran Awang Damit dan Pegawai JKM Lawas, Mohamad Khairul Punggut

Laura Jane, seorang OKU fizikal merupakan seorang penerima bantuan bulanan JKM di bawah Skim Bantuan Penjagaan OKU (BPO) berjumlah RM300 sebulan.

Albert berkata, hasil kerjasama erat dan persefahaman antara agensi kerajaan serta orang awam maka program murni seumpama itu dapat dilakukan.

“Kerusi roda tersebut adalah sumbangan KRT Long Tuma yang bermurah hati menyumbang sebuah kerusi roda bagi kegunaan Laura bergerak,” katanya.

Albert menambah, dengan adanya kerusi roda itu memudahkan ibunya, Alam Dayuh membawa Jane mendapatkan rawatan atau melakukan aktiviti di luar rumah.

“Kita berharap lebih ramai individu atau pertubuhan bukan kerajaan tampil membantu golongan OKU di sini bagi membela nasib serta keperluaan mereka.

“Pada masa yang sama memantapkan usaha JKM membantu serta membela nasib golongan OKU di sini. Semoga usaha murni itu dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Advertisement