Anda di sini

Dunia sekali lagi digemparkan dengan insiden pesawat MAS

Advertisement

KUCHING: Rakyat Malay­sia malah penduduk dunia sekali lagi dikejutkan dengan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) apabila pen­erbangan MH17 dikatakan ditembak jatuh di Ukraine selepas insiden membabit­kan kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu.

Menyedihkan lagi apabila diketahui enam sekeluarga merupakan warga Kuch­ing yang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas bertugas di luar negara.

Tambi Jiee, 49, dan Ariza Ghazalee, 46, bersama em­pat anak mereka pulang ke Malaysia selepas Tambi ber­tugas dengan syarikat milik Shell di Kazakhstan selama kira-kira tiga tahun.

Seorang lagi mangsa dari Bintulu dikenal pasti sebagai Meling Mula.

Turut berasa sedih dan simpati dengan kejadian itu, Wanita dan Pemuda SUPP memohon Pertu­buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan sewajarnya ter­hadap pihak yang bertang­gungjawab.

Menurut kenyataan pergerakan itu semalam, tekanan antarabangsa perlu dilaksanakan terhadap pihak yang menembak jatuh pe­sawat komersil dalam pen­erbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 orang penumpang dan anak kapal.

“Wanita dan Pemuda SUPP menggesa semua war­ga Malaysia mengetepikan perbezaan dan kekal ber­satu. Kita tidak akan ber­diam diri sehingga pihak bertanggungjawab dibawa ke pengadilan.

“Kita tidak akan mem­biarkan 298 orang dalam MH17 mati begitu sahaja. Ini adalah jenayah terhadap manusia. Ini adalah pem­bunuhan,” ujar pergerakan itu.

Advertisement