Anda di sini

Bantu realisasikan Pelan Tindakan Susulan Penilaian Penggalan Sejagat

Advertisement

KUCHING: Semua pihak berkepentingan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wajib memainkan peranan dengan membantu kerajaan merealisasikan komitmen yang dicadangkan termasuk mengenai Pelan Tindakan Susulan Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) SUHAKAM.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata, kebanyakan syor atau soalan yang dikemukakan dalam pelan tindakan UPR adalah daripada pelbagai NGO yang berjuang untuk pelbagai kumpulan dan sebagainya.

“Adalah wajib bagi semua pihak untuk memastikan komitmen berkenaan dilak-sanakan, bukan sahaja kera-jaan dan agensi kerajaan tetapi semua pemegang kepentingan lain, untuk membantu bagi merealisasikan komitmen yang telah dibuat kerajaan.

“Ia adalah tanggungjawab pelbagai NGO untuk terus mengingatkan kerajaan tentang komitmennya dan membantu memantau pelaksanaan cadangan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi taklimat tentang UPR kali kedua di sini, kelmarin.

Tambah beliau, kumpulan berkenaan pasti telah ber-interaksi dengan agensi relevan dan dalam kerja mereka sebagai pengantara, mereka dapat membangkitkan komit-men yang telah dibuat kerajaan di Geneva.

UPR adalah satu mekanisme Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) di mana rekod hak asasi manusia kesemua 192 negara anggota dinilai semula setiap empat setengah tahun dan ia merupakan mekanisme baharu yang diwujudkan oleh Persidangan Umum PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) di bawah Resolusi 60/251 pada 15 Mac 2006.

Tugas utama HRC adalah untuk memperkukuhkan promosi dan perlindungan hak asasi di seluruh dunia.

Khaw berkata kumpulan atau pihak berkepentingan mungkin dapat mengingatkan kerajaan tentang aktiviti yang perlu dijalankan selaras dengan bajet dan mereka da-pat melaksanakan syor-syor berkenaan.

Bagi SUHAKAM sendiri, mereka akan memantau ke-majuan dan membantu kera-jaan menunaikan komitmen-nya dengan mengadakan tak-limat untuk memaklumkan orang tentang proses UPR, komitmen kerajaan serta mengingatkan pemegang kepentingan tentang keper-luan bekerjasama.

“SUHAKAM turut memainkan peranan dan SU-HAKAM akan cuba menyebar maklumat mengenai UPR.

“Seperti yang saya sebutkan, kita akan menter-jemahkan UPR ini dan syor-syor yang telah diterima oleh kerajaan ke dalam bahasa Malaysia supaya rakyat ada akses yang sedia ada kepada maklumat,” katanya.

Sesi taklimat itu kelmarin merupakan kali kedua diad-akan selepas di Kuala Lumpur pada 14 Julai dan akan diad-akan di Kota Kinabalu, Sabah pada 18 Julai, Johor Bahru (19 Ogos), Pulau Pinang (21 Ogos) dan Kuala Terengganu (26 Ogos).

Taklimat berkenaan merupa-kan sebahagian daripada ak-tiviti yang dikenal pasti dalam Pelan Tindakan Susulan UPR yang bertujuan mewujudkan pemahaman di kalangan pelbagai pihak berkepentingan di peringkat persekutuan dan negeri, katanya.

Menurut beliau Malaysia menjalani UPR kali kedua pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland dan telah menerima sebanyak 150 daripada 232 syor oleh 104 negara anggota.

Antara syor yang diterima sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia adalah syor berkai-tan hak ekonomi, sosial dan budaya, terutama pembas-mian kemiskinan, pendidikan dan akses kepada penjagaan kesihatan dan peningkatan hak wanita serta kesaksamaan gender serta memerangi pemerdagangan manusia.

Selain itu kerajaan juga menyokong syor mengenai pengukuhan mekanisme hak asasi manusia kebangsaan dan juga promosi serta per-lindungan hak orang kurang upaya, kanak-kanak dan akses kepada keadilan bagi pekerja asing.

“Saya ingin menegaskan ini adalah komitmen yang telah dibuat oleh kerajaan, dan kita telah menghimpunkan syor-syor tersebut dan jika kerajaan sudah membuat syor-syor itu, kerajaan mesti menunaikan syor-syor tersebut kerana kerajaan perlu menjawab pada 2018.

“Demikian juga, setiap pemegang kepentingan boleh pulang dan berbincang den-gan orang berkenaan cara terbaik untuk membantu ker-ajaan melaksanakan UPR dan memantau kemajuan kerajaan dalam pelaksanaan UPR dan syor-syor,” tegasnya

Advertisement