Anda di sini

Majlis Singgah Sahur MERS999 JPAM hargai pengorbanan petugas

Advertisement

MERIAH: Majlis Singgah Sahur diadakan dalam suasana meriah dengan kehadiran anggota dan pegawai dari seluruh Sarawak.

PENGHARGAAN: Zaitun menyampaikan cenderahati penghargaan kepada petugas MERS999 bagi setiap daerah.

SINGGAH SAHUR: Kelihatan Zaitun bersama Mohtar dan Selamat serta tetamu yang hadir sedang menikmati hidangan ketika Majlis Singgah Sahur di PDPA Petra Jaya, baru-baru ini. (Gambar bawah)

 

 

Oleh Hamimi Kassim //

PENGORBANAN petugas MERS999 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang berkhidmat terutama pada bulan Ramadan sentiasa dihargai pasukan.

Atas faktor itu, pucuk pimpinan JPAM sering memberi penghargaan kepada anggota dan salah satu caranya ialah dengan mengadakan program Singgah Sahur seperti yang diadakan pada awal pagi Rabu lalu (16 Julai).

Diadakan di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Petra Jaya di Kuching, hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Ketua Pengarahnya Datuk Zaitun Ab Samad.

Hadir sama ialah Pengarah JPAM Negeri Mohtar Samat dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPAM Selamat Dahalan.

Dihadiri 250 orang pegawai dan anggota daripada 15 PDPA dari seluruh negeri, majlis bersahur itu diadakan dalam suasana penuh harmoni dan santai.

Dalam ucapannya, Zaitun berharap agar setiap anggota meneruskan usaha demi mengembangkan JPAM di mata masyarakat serta mengekalkan semangat sukarela yang tinggi dalam diri masing-masing.

Manakala, Mohtar dalam ucapan alu-aluannya berharap agar setiap anggota yang hadir pada majlis itu dapat memanfaatkan majlis bagi mengukuhkan lagi ikatan antara anggota dan pegawai JPAM di negeri ini.

Setelah jamuan sahur, diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada petugas bagi setiap daerah.

Advertisement