Anda di sini

Set judi siber RM500,000 dirampas

Advertisement

Oleh Ruzaini Zulkifli //

Hasil 21 serbuan polis ke atas premis sekitar ibu negeri

JAUTEH (kanan) menunjukkan set-set komputer yang digunakan bagi judi siber dalam rampasan berkenaan di IPD Kota Kinabalu, kelmarin.

KOTA KINABALU: Sebanyak 469 set komputer judi siber bernilai hampir RM500,000 dirampas dalam 21 serbuan ke atas premis kasino haram di sekitar ibu negeri baru-baru ini.

Dalam serbuan bermula 1 hingga 11 Julai bersempena Ops Dadu itu, seramai 31 individu yang berusia 18 hingga 32 tahun ditahan kerana didapati terlibat dalam aktiviti haram berkenaan.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, antara lokasi yang diperiksa adalah sekitar bandaraya, Inanam, Menggatal, Asia City dan Luyang.

“Seramai 31 individu sama ada penjaga premis dan pelanggan telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita juga merampas beberapa barangan termasuk wang tunai RM6,090 yang dipercayai hasil daripada kegiatan judi siber terbabit,” katanya di sini kelmarin.

Kesemua bahan rampasan dan tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Advertisement