Anda di sini

The Borneo Post Run 2014 pastinya meriah

Advertisement

PENAJA RASMI: Chin (kiri), Ngui, Rhys, Wong, Tiong, Lau dan Lim menunjukkan minuman Green Tea yang ditaja oleh Yeo’s sebagai penaja utama untuk Larian The Borneo Post Run 2014.

SIBU: The Borneo Post Run 2014 pastinya meriah dengan kehadiran Yeo Hiap Seng Berhad (Yeo’s), pengeluar makanan dan minuman terkemuka negara sebagai penaja.

Yeo’s kembali menjadi penaja rasmi buat kali kedua, atas dasar sokongan mereka menyokong penduduk tempatan menyemai pengamalan gaya hidup sihat melalui aktiviti seperti ini.

Pengurus Komunikasi Korporat Yeo’s, Joe Wong berkata The Borneo Post Run 2014 dilihat mampu merangsang ramai orang mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman.

“Tambahan juga, acara seperti ini merupakan landasan terbaik bagi sanak saudara dan sahabat handai mengeratkan hubungan silaturahim sebagaimana minuman Yeo’s yang menjadi pilihan utama bagi aktiviti sebegini sejak dahulu.

“Untuk itu, Yeo’s sebagai penaja rasmi bagi The Borneo Post Run 2014 turut menaja minuman Teh Hijau Yeo’s yang menjadi minuman rasmi kepada para peserta bagi menghilangkan dahaga selepas menjalani larian dalam jangka masa lama.

“Teh Hijau Yeo’s merupakan ekstrak teh hijau tanpa pengawet dan 100 peratus tidak mengandungi GMO dan sesuai diminum semua lapisan umur,” katanya pada perjumpaan akhbar The Borneo Post dan Yeo’s di Kuala Lumpur.

Turut hadir Pengurus Jualan Yeo’s Wilayah Malaysia Timur dan Brunei Billy Chin, Pengurus Pemasaran Perdagangan Wilayah Malaysia Timur Jimmy Ngui, Wakil Pengurusan Korporat KTS Rhys Salang, Pengurus Jualan Kanan See Hua Marketing Lionel Tiong, Pengurus Besar See Hua Group, Philip Lau dan Penolong Pengurus Perhubungan Awam Yeo’s, Janice Lim.

Menurut Philip, ini merupakan tahun keempat bagi acara The Borneo Post Run yang bermula pada 2011.

“Larian ini semakin dikenali bukan sahaja kepada masyarakat Sibu malah mampu menarik penyertaan masyarakat dari bahagianbahagian lain di negeri ini.

“Saya percaya pada tahun ini penyertaan akan semakin bertambah dari tahun yang sebelumnya kerana ramai yang sudah mula mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Pada masa yang sama acara ini turut mendapat sokongan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

The Borneo Post Run 2014 berlangsung di Dataran Bandar Sibu (DBS) Fasa I pada 30 Ogos ini bermula jam 7.45 pagi.

Borang penyertaan boleh didapati di See Hua Marketing Sdn Bhd, No.40, Jalan Tuanku Osman atau menghubungi 084-315252 untuk maklumat lanjut.

Orang ramai juga boleh menghantar e-mel kepada shmsbw@gmail.com atau melayari laman web www. theborneopost.com.

Yuran penyertaan bagi Kategori A (Lelaki Terbuka 8 Km), dan B (Wanita Terbuka 8 Km) ialah RM13 seorang, RM7 seorang bagi Kategori E (Junior Lelaki 8 Km) dan F (Junior Wanita 8 Km) dan RM10 seorang bagi kategori V (Fun Run).

Bagi 500 peserta mendaftar awal mereka akan mendapat baju-T daripada pihak penganjur dan minuman Yeo’s Green Tea.

 

Advertisement