Anda di sini

Ekspatriat warga Australia ditemui mati tergantung

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang ekspatriat warganegara Australia ditemui mati tergantung dalam rumahnya di Jalan Mont Kiara 1, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata, pengarah urusan sebuah syarikat pengeluar makanan berumur 40-an itu ditemui tergantung dalam bilik tidurnya oleh pembantu rumahnya pada jam 6.45 petang kelmarin.

“Kira-kira jam 8 malam, polis tiba di alamat berkenaan dan menemui lelaki itu mati dengan kabel elektrik di leher-nya di dalam sebuah bilik,” katanya di sini, semalam.

Katanya, polis juga menemui sepucuk nota, dipercayai ditulis oleh lelaki terbabit kepada anak dan isterinya yang tinggal di Belanda.

“Nota itu bersifat peribadi dan polis tidak dapat men-dedahkannya,” katanya.

Muhammad Azlee berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan telah dimaklumkan kapada Suruhanjaya Tinggi Australia.

Katanya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. — Bernama

Advertisement