Anda di sini

Dua maut, 17 PATI dikhuatiri lemas

Advertisement

JOHOR BAHARU: Dua pendatang asing tanpa izin warga Indonesia maut mana-kala 17 dikhuatiri lemas selepas bot pancung yang dinaiki kira-kira 80 orang dilaporkan karam di perairan Tanjung Piai, dekat Pontian awal pagi semalam.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat) negeri Mohd Rizal Buang berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 1.33 pagi itu, berlaku kira-kira tiga batu nautika dari Tanjung Piai.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku akibat pelanggaran bot pancung itu dengan bot Agensi Pe-nguatkuasaan Maritim Malaysia semasa Ops Tumpas.

“Pihak bomba menye-lamatkan 61 mangsa tetapi dua daripadanya (seorang lelaki dan wanita) meninggal dunia manakala 10 mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan dan 49 mangsa terselamat,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan mulai jam 8 pagi semalam melibatkan 22 anggota Bomba dan Penyelamat Negeri.

Sementara itu, operasi menyelamat dan mencari (SAR) telah dibahagikan kepada empat sektor meliputi kawasan seluas enam batu nautika antara Tanjung Pelepas dan Tanjung Piai.

Operasi SAR yang diketuai APMM itu, turut disertai bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Laut.

“Bomba ditugaskan un-tuk mencari di Sektor D, sekitar dua batu nautika dari Tanjung Pelepas. Keadaan laut kini masih air pasang, kita jangkakan akan surut sekitar jam 4.30 petang. Pasang surut air laut sedikit sebanyak mempengaruhi operasi SAR,” kata Mohd Rizal.

Pihak bomba menggunakan dua bot laju jenis kevlar dan tiga bot aluminium dalam operasi yang dijangka diterus-kan sehingga jam 7 malam tadi. — Bernama

Advertisement