Anda di sini

Kita harus bersedia lebih awal: Lee

Advertisement

Oleh Mahathir Haroun //

Sarawak mempunyai masa dua tahun bersiap menghadapi SUKMA 2016

KUCHING: Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin mahu kontinjen Sarawak memulakan persiapan bermula dari sekarang untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2016.

Sarawak akan menganjurkan sekali lagi sukan tersebut selepas pertama kali menganjurkannya 24 tahun lalu (1990).

Menurutnya, Sarawak mempunyai dua tahun untuk menyiapkan diri untuk SUKMA 2016 dan bukan tempoh masa yang panjang.

“Saya tidak mahu fikirkan sekiranya menyiapkan diri untuk SUKMA 2016 pada saat-saat akhir.

“Kita mesti bermula dari sekarang kerana kita juga mahu menjadi penganjur SUKMA yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata, persiapan perlu dimulakan tahun ini untuk memastikan segala perancangan berjalan lancar menjelang 2016.

“Sekiranya kita mahu muncul juara SUKMA, kita perlu meneroka dan berbincang semua yang diperlukan. Kita terbuka untuk sebarang idea,” ujarnya.

Pada SUKMA XVII yang berlangsung di Perlis bulan lalu, kontinjen Sarawak berada pada kedudukan ketiga keseluruhan dengan meraih 48 pingat emas, 32 perak dan 35 gangsa.

Kali terakhir Sarawak muncul juara keseluruhan pada 1994 dan sehingga kini kontinjen negeri gagal untuk muncul juara buat kali keempat selepas 1990 dan 1992.

Lee berharap semua persiapan berjalan lancar dan langkah adalah segala persiapan dijalankan lebih awal.

Beliau berkata demikian selesai alisis dan penilaian pencapaian SUKMA XVII oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) di sini.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial, Affandi Keli dan Pemangku Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Lucas Kalang Laeng.

Advertisement