Anda di sini

Jom sertai Maraton Kuching 2014 pada 17 Ogos

Advertisement

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Kuching Marathon Association (KMA) menjemput warga bandar raya ini menyertai larian sejauh lima kilometer sempena Maraton Kuching 2014 pada 17 Ogos (Ahad) bermula jam 7 pagi di Padang Merdeka di sini.

Syarat-syarat penyertaan pertandingan adalah seperti yuran penyertaan secara berkumpulan (minimum 10 orang peserta) – RM40 seorang dan yuran penyertaan perseorangan – RM50.

Setiap peserta juga akan diberikan ‘Running Vest’ dan sijil penyertaan.

Proses pendaftaran dan pembayaran penyertaan boleh dibuat menggunakan emel menerusi kuchingmarathon@ gmail.com atau [email protected] (emelkan nama jabatan, nama peserta, nombor telefon serta alamat emel).

Tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai ini.

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi Presiden KMA Wong Chen Yi (012-888 8268) atau Bahagian Perhubungan Awam DBKU Mohammad Azlan Mohamed (082-446688 sambungan 314).

Dalam pada itu, DBKU juga akan menganjurkan Pertandingan Aerobathon sempena Maraton Kuching 2014 pada 17 Ogos bermula jam 7 pagi di Padang Merdeka, Kuching.

Pendaftaran bermula pada jam 6.30 pagi.

Penyertaan bagi pertandingan ini adalah percuma dan terbuka secara berkumpulan(satu kumpulan disertai lima orang sahaja).

Pertandingan ini dijalankan selama dua jam tanpa henti diiringi dengan pelbagai jenis muzik dan setiap kumpulan dikehendaki untuk mengikuti rentak yang ditunjuk oleh Jurutunjuk Senamrobik sehingga tamat tempoh masa.

Rehat selama tiga minit diberikan bagi setiap setengah jam.

Kumpulan paling lama bertahan akan memenangi pertandingan.

Kepada yang berminat, sila hubungi Mohammad Azlan Mohamed di talian 082-446688 (sambungan 314) atau Fadillah Jais di talian 082-446688 (sambungan 130).

Borang penyertaan pertandingan boleh didapati di Kaunter Informasi, Lobi DBKU dan aras 3 Bahagian Perhubungan Awam DBKU.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Ogos (Jumaat).

Advertisement