Anda di sini

Jenazah koperal Rajah selamat dikebumikan

Advertisement

Oleh Amir Anuar //

JENAZAH arwah dipindahkan perlahan-lahan dari keranda ke ruang liang lahad.

SEMPORNA: Seramai 200 orang menghadiri majlis pengkebumian jenazah Koperal Ab Rajah Jamuan yang terkorban dalam serangan hendap di Pulau Mabul di sini Sabtu lepas.

Jenazah anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna itu selamat dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Orang-Orang Islam Kg Bunga Batu 3 kira-kira jam 10.20 pagi kelmarin.

Hj Jamuan Ajuan, 60-an, dan Hjh Kamsiah Hj Indanan, 59, (ibu bapa) serta balu arwah, Salamah Amad, 26, dilihat turut berada di van jenazah yang membawa Allahyarham.

Keranda yang membawa jenazah arwah dilihat dibaluti dengan bendera Jalur Gemilang dan diusung oleh enam anggota PPM sehingga ke tapak perkuburannya.

Hadir sama, Komander Polis Marin Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Malik Harun dan Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah SAC Noor Aza Jamaluddin.

Turut hadir, Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohammad Madun, Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mazlan Lazim dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dihantar ke rumahnya di Kg Bubul di sini lewat malam kelmarin selepas selesai dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Tawau.

Advertisement