Anda di sini

Andrea muncul pemain terbaik aksi pingpong

Advertisement

KUCHING: Andrea Tan Ruen Yuen muncul pemain terbaik pada Kejohanan Pingpong Kumpul a n Umur Kuching yang berlangsung di Pusat Latihan Pingpong Elit Kuching apabila memenangi Wanita Bawah 15 dan Wanita Bawah 18.

Pemain berusia 14 tahun dari SM Lodge memenangi gelaran pertama selepas mengalahkan Alice Chang Li Sian (SMK Sungai Maong) dengan 4-2 pada saingan akhir B15.

Berkongsi tempat ketiga adalah Tay Lynn Jia dari SJK Chung Hua No.2 dan Elicia Tsai Xin Ni (SM Lodge).

Andrea mencatatkan kejayaan berganda apabila turut mengalahkan Alice Chang 4-2 dalam perlawanan akhir B18.

Kylie Teo Liyi (SMK Green Road) dan Elicia Tsai (SMK Lodge) pula berkongsei tempat ketiga.

Perlawanan akhir Lelaki B18 menyaksikan Jason Siaw lebih hebat daripada lawannya, Andy Jong dari Institut Teknologi Maklumat Nusantara (NIIT) apabila menang 4-3 untuk merangkul kejuaraan.

Andy terlebih dahulu mendahulu 2-0 (11-4,11- 8) sebelum Jason mencuri mata pada set ketiga dengan kemenangan 11-9 tetapi tewas 6-11 kepada Andy.

Jason kemudiannya memenangi baki dua set 11-6 dan 12-10 untuk memaksa perlawanan berlanjutan ke set penentuan.

Set terakhir menyaksikan Andy melakukan kesilapan untuk membolehkan Jason menang 14-12.

Berkongsi tempat ketiga ialah Clement Sim (SM Lodge) dan Rayford Kho (NIIT).

Lelaki B15 akhir menyaksikan Derrick Tsai (SM Lodge) mengalahkan Too Ying Chuen (SJK Chung Hua No.2) 4-2.

Alan Teo (SJK Chung Hua Batu 35) dan Joel Chen (SJK Chung Hua No.2) masing-masing berkongsi tempat ketiga.

Anugerah pemain harapan lelaki dimenangi Kueh Jiin Jiang yang merupakan juara Lelaki B8 dan Lelaki B10.

Too Yong Xin (SJK Chuang Hua No.2) yang berusia lapan tahun merangkul anugerah pemain harapan wanita selepas merangkul juara Wanita B8 dan tempat kedua Wanita B10.

Gilbert Kiew dari Sunrise Kiddy House pula dianugerahkan pemain termuda.

Seramai 70 pemain dari Kuching dan Serian menyertai kejohanan tersebut.

Advertisement