Anda di sini

The Selecao terus hilang punca

Advertisement

TIADA CARA LAIN: Baju penyerang Belanda, Arjen Robben (dua kanan) ditarik oleh pemain pertahanan Brazil, David Luiz (4) pada aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2014 di Stadium Kebangsaan Mane Garrincha di Brasilia pada awal pagi semalam. — Gambar Reuters

Brazil pasukan pertama tewas berturut-turut di laman sendiri dalam tempoh 74 tahun

SAO PAULO, Brazil: Brazil memulakan kempen Piala Dunia 2014 dengan hanya satu harapan – kemenangan – tetapi kelemahan taktik, kekurangan persediaan emosi dan kegagalan menangani kehilangan dua pemain utama telah memusnahkan peluang mereka memenangi trofi Piala Dunia buat kali keenam.

Selepas mengharungi 39 tahun tanpa kalah pada perlawanan kompetetif di tempat sendiri, mereka mengalami kekalahan kedua berturutturut dalam masa lima hari, dengan kekalahan 1-7 kepada Jerman di peringkat separuh akhir adalah yang terburuk mereka di Piala Dunia.

Empat hari kemudian, mereka tewas 0-3 kepada Belanda pada perlawanan penentuan tempat ketiga Sabtu lepas.

“Selepas kekalahan 1-7, perlawanan hari ini adalah sukar dari segi psikologi,” kata kapten Brazil, Thiago Silva selepas perlawanan Sabtu lepas.

“Tetapi kami perlu melihat apa kesilapan kami supaya kami tidak melakukan kesilapan yang sama lagi.

Terutama sekali apabila kami bolos satu gol yang kelihatan seperti penamat dunia dan ia tidak seharusnya berlaku.

Bola sepak berubah setiap minit dan anda tidak dapat hilang keyakinan apabila bolos gol.

Ia sesuatu yang normal dan semula jadi dalam bola sepak.

” Kekalahan kepada Belanda adalah teruk tetapi dimalukan oleh J e rma n akan menjadi parut selama-lamanya bagi pemain Brazil di Piala Dunia di sini, kali pertama Brazil menjadi tuan rumah selepas 1950.

Pertahanan mereka tidak tersusun , gagal mengawal, membentes atau menampung ruang dan barisan tengah mereka kelihatan tidak bertenaga sepanjang kejohanan, dengan Fernandinho dan Luiz Gustavo kelihatan mudah dilepasi lawan.

Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari, hanya memikirkan tentang serangan tetapi menyebabkan barisan tengahnya lemah dan apabila Neymar mengalami kecederaan, tiada pemain yang boleh menjadi perancang utama.

“Kami lupa bagaimana untuk bermain sebagai sebuah pasukan,” kata bekas pemenang Piala Dunia Brazil, Tostao dalam satu kolum akhbar.

“ Bagi Felipao(Scolari) dan majoriti jurulatih, bertukar hantaran di bahagian tengah adalah taktik yang tidak produktif.

Bola sepak Brazil adalah tentang berlari, melompat dan berebut bola di udara.

Kerana terlalu mengabaikan bahagian tengah, kami tidak mempunyai pemain yang hebat di posisi itu.

” Keputusan itu mengejutkan dunia bola sepak.

Brazil adalah pasukan pilihan sebelum kejohanan dan bukan sahaja mereka pasukan tuan rumah dan kerana tiada pasukan dari Eropah pernah muncul juara Piala Dunia di benua Amerika Selatan.

Mereka memulakan kejohanan dengan memenangi sembilan perlawanan terakhir, dengan skuad yang sudah diyakini dan jurulatih berpengalaman yang pernah membimbing pasukan muncul juara dunia pada 2002 di Jepun/Korea Selatan.

Hanya setahun yang lalu, mereka memenangi Piala Konfederasi dengan bergaya, memenangi semua lima perlawanan dan memalukan juara dunia dan juara Eropah, Sepanyol, 3-0 di final.

Brazil bagaimanapun tidak pernah benar yakin dari saat mereka ketinggalan oleh gol sendiri seawal minit ke-11 pada perlawanan pembukaan menentang Croatia.

Mereka bagaimanapun memenangi perlawanan itu 3-1 tetapi memerlukan tendangan penalti kontroversi untuk berada di hadapan.

Mereka gagal menembusi pintu gol Mexico pada perlawanan kedua dan walaupun membelasah Cameroon 4-1 pada perlawanan terakhir, pertahanan mereka kelihatan rapuh apabila menentang salah sebuah pasukan paling lemah pada kejohanan itu.

Mereka hanya layak ke suku akhir dengan menewaskan Chile menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan yang sengit.

Malah kemenangan 2-1 ke atas Colombia di peringkat suku akhir juga memerlukan sedikit bantuan.

Faktor utama dalam perlawanan itu ialah kehilangan Neymar pada akhir permainan dan juga penggantungan Thiago Silva kerana kad kuning, yang menyebabkan kedua-dua pemain itu tidak dapat diturunkan menentang Jerman di peringkat separuh akhir.

Dengan ketiadaan Silva, David Luiz, pemain yang kelihatan gemar melakukan serangan, tiada bimbingan di pertahanan dan sering melakukan kesilapan yang dibuktikan dengan kekalahan 1-7 kepada Jerman.

Prestasi mereka juga dibuktikan dengan ketiadaan pemain berkualiti dunia.

Tidak seperti Jerman, Belanda juga Argentina, beberapa pemain yang bermula dalam kesebelasan utama Brazil, bukan pemain kesebelasan utama di kelabkelab utama di Eropah.

Penjaga golnya, Julio Cesar, bermain di Kanada, Paulinho bergelut di Tottenham Hotspur, Bernard dan Hulk bermain di bahagian timur Eropah, Luiz Gustavo di Wolfsburg dan Fred bermain di kelab tempatan, Fluminense.

Jika ada satu sagu hati buat Brazil, ia adalah kebanyakan pemain mereka masih muda.

Neymar baharu 22 tahun, Oscar dan Willian berusia sekitar 23 dan 25 tahun dan pemain lain, Hulk, Luiz Gustavo dan Marcelo masih di awal usia 30an apabila beraksi di Piala Dunia 2018.

David Luiz, 27 dan Thiago Silva, 30, akan mempunyai peluang membina lebih banyak persefahaman apabila bermain di Paris Saint Germain musim hadapan.

Brazil bagaimanapun masih menjadi satu-satu negara yang memenangi lima trofi Piala Dunia dan antara pasukan tuan rumah yang gagal muncul juara tetapi mereka boleh bangkit semula untuk membina persediaan ke Rusia empat tahun akan datang. — Reuters

Advertisement