Anda di sini

Terbuka Piala dP tampil beberapa pembaharuan

Advertisement

KUCHING: Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Piala dP akan diteruskan pada tahun ini dengan menampilkan beberapa pembaharuan bagi menjadikannya lebih meriah berbanding edisi pertama.

Penaja kejohanan, Datuk Dr Paruwadi Musa berkata pihaknya menetapkan edisi kedua kejohanan itu berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos depan dengan Dewan Serbaguna Kampung Tabuan Lot menjadi venue utama.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berkata, bagi menjadikan temasya kali ini lebih menarik penganjur menjadikannya kejohanan terbuka dengan turut membenarkan bekas pemain untuk turut serta.

“Kami mahu menjadikan kejohanan ini lebih menarik berbanding pada edisi lalu,” katanya ditemui pada majlis berbuka puasa dan tahlil anjuran Pejabat RELA Daerah Kuching Selatan di sini kelmarin.

“Justeru, kita sebulat suara untuk membenarkan bekas pemain negeri atau bahagian tidak termasuk mereka yang pernah mewakili Sarawak pada 2013-2014 untuk turut serta,” jelasnya.

Menurutnya, penganjur Persatuan Sepak Takraw Tabuan Melayu juga bercadang menjemput beberapa pemain dari Semenanjung Malaysia bagi menjadikan kejohanan kali ini lebih sengit.

“Kita juga bercadang untuk mengadakan kategori bagi pemain wanita jika ada penyertaan.

“Selain itu, kategori sepak raga juga hanya dipertandingkan bagi pemain yang berusia 40 tahun ke atas.

“Tujuannya bagi mengajak penglibatan lebih ramai golongan usia tersebut memeriahkan kejohanan ini yang juga salah satu aktiviti kita setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri,” tambahnya.

Pa ruwadi berka t a , pihaknya juga akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan dengan lebih mendalam mengenai kejohanan tersebut.

Sementara itu, seramai 40 ibu tunggal dan 20 anakanak yatim yang menetap di sekitar Bahagian Kuching Selatan menerima sumbangan ikhlas daripada Paruwadi pada majlis tersebut.

Hadir sama Pengarah RELA Negeri Sarawak, Rini Tupong dan isteri Paruwadi, Datin Siti Kadijah Abdullah.

 

Advertisement