MIRI: Pustaka Miri menganjurkan seminar bertajuk ’Masyarakat Majmuk dan Kesatuan Daripada Persepektif Al-Quran’ pada Selasa ini.
Acara yang turut dijayakan Biro Tata Negara (BTN) Sarawak itu diadakan sempena sambutan Nuzul Al-Quran.
Ia berlangsung bermula jam 2.30 petang di Auditorium Pustaka Miri dan terbuka kepada sesiapa yang berminat dan tiada yuran dikenakan.
Penceramah diundang ialah Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Kuching Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad.
Ceramah tersebut diharapkan dapat memberi ruang kepada peserta mengetahui serta berkongsi ilmu pengetahuan tentang pandangan al-Quran serta para ulama tentang masyarakat majmuk dan kesatuan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ahmad Samsudin atau Awang Yunos di talian 085-422525.