Anda di sini

RM50,000 dilulus tambah baik Surau Darusalam, Sebuyau

Advertisement

 

SEBUYAU: Keadaan di dalam Surau Darusalam di Kampung Ulu Sebuyau akan menjadi lebih selesa apabila Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Ju­laihi Narawi meluluskan geran sebanyak RM50,000 untuk menambah baik surau itu.

Julaihi berkata, dengan penambahbaikan itu, masyar­akat Islam di kawasan itu akan mempunyai suasana yang leb­ih selesa untuk menjalankan aktiviti keagamaan di situ.

“Saya berjanji untuk me­luluskan geran RM50,000 untuk menambah baik surau ini supaya kamu dapat men­jalankan aktiviti keagamaan dengan selesa,” katanya se­lepas majlis berbuka puasa dan tarawih bersama pen­duduk di situ kelmarin.

Untuk kerja-kerja penam­bahbaikan surau itu, Julaihi mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan dan Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebuyau Ajis Ahmad dilantik sebagai penasihat.

“Untuk memastikan kerja-kerja menambah baik surau ini berjalan dengan baik, saya mencadangkan satu jawa­tankuasa diwujudkan untuk memantau,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau memberitahu bahawa seban­yak RM180,000 telah dilu­luskan untuk dewan masyar­akat dan projek itu dijangka siap hujung tahun ini.

Mengenai projek lain di kampung itu, Julaihi berkata satu kajian dijalankan bagi menempatkan ponton untuk nelayan yang dianggarkan bernilai RM75,000 selain projek jalan turap dan simen rumah ke rumah.

Selain itu, beliau meminta penduduk kampung memberi kerjasama dalam pelaksanaan setiap projek pembangunan yang dibawa untuk keselesaan mereka.

Terdahulu, Julaihi yang juga Menteri Muda Pem­bangunan Perinndustri (Pelaburan dan Promosi) mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk kampung dan menyerahkan sumbangan raya kepada golongan kurang bernasib baik.

Hadir sama isterinya Datin Sadiah Buji.

Advertisement