Anda di sini

Pusat kecemerlangan memanah dilancarkan

Advertisement

KUCHING: Persatuan Memanah Sarawak Bahagian Kuching (PEMASA-Kuching) melahirkan rasa bangga kerana pusat kecemerlangan memanah yang baharu akhirnya dilancarkan semalam di Pusat Komersil Tabuan Heights.

Presiden PEMASAKuching, Bong Jiew Khiun berkata Bahagian Kuching memerlukan pusat seperti untuk pembangunan sukan memanah.

“Di Kuching, hanya terdapat dua pusat dibuka yang memfokuskan kepada pembangunan.

Kita memerlukan pusat seperti ini dan berharap lebih banyak akan dibuka pada masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak banyak pihak mahu membuka pusat pembangunan seperti itu kerana memerlukan jurulatih bertauliah.

Menurutnya, hanya terdapat 10 jurulatih bertauliah di negeri ini.

“Salah satu alasan menyebabkan tidak ramai jurulatih bertauliah di negeri ini kerana calon yang mahu menjadi jurulatih mesti mengikuti kursus yang diiktiraf badan kebangsaan iaitu Persatuan Memanah Malaysia (NAAM).

“Kursus yang paling penting adalah anjuran Persekutuan Memanah Dunia,” katanya.

Beliau berkata, hanya jurulatih mempunyai lesen memanah dunia diiktiraf PEMASA dan NAAM sebagai jurulatih bertauliah.

Bong berharap lebih ramai jurulatih di Kuching pada masa akan datang memandangkan memanah mempunyai potensi besar untuk terus dibangunkan.

Sementara itu, beliau menjelaskan, pusat kecemerlangan di Jalan Song yang juga dikenali Frontier Archery Centre yang bukan hanya untuk pembangunan tetapi rekreasi.

 

Advertisement