Anda di sini

Program Ziarah Sahur serah bantuan kepada golongan kurang berkemampuan

Advertisement

KUCHING: Penyerahan bantuan pada tengah malam mungkin agak jarang berlaku namun Program Ziarah Sa­hur menampilkan kelainan apabila bantuan diagihkan kepada penerima bermula jam 11 malam.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai itu bertujuan menyerahkan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan.

Sebanyak 11 keluarga dipi­lih untuk menerima bantuan tersebut merangkumi warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, peng­hidap penyakit kronik dan keluarga miskin.

Antara bantuan yang diberi­kan merangkumi barangan keperluan rumah.

Penerima yang menerima bantuan tersebut adalah dari Kampung Sanbung, Kampung Buntal, Kampung Sungai Batu, Kampung Sun­gai Beaduan dan Kampung Rampangi.

Program penyerahan ban­tuan

itu turut disertai Skuad Sayang Pantai Damai, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai dan kelab motosikal berkuasa tinggi dan kereta.

Selepas selesai menyam­paikan bantuan, rombongan tersebut bersahur bersama anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib.

Hadir sama ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan Pengarah JKKN Sarawak Salehhuddin Md Salleh.

Menurut Dr Abdul Rahman, program seperti itu yang meng­gunakan konsep berbeza amat menarik kerana dijalankan ketika umat Islam bersahur.

“Secara tidak langsung keperitan hidup yang ditang­gung penerima dapat sama-sama kita rasakan.

“Saya memang memuji program anjuran JKKN ini yang amat menarik untuk membantu orang susah,” katanya.

Advertisement