Anda di sini

JTS Sri Aman hulur sumbangan kepada kakitangan

Advertisement

SRI AMAN: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Sri Aman menyerahkan sumbangan kepada kakitangannya sempena Ramadan pada tahun ini.

Majlis itu menyaksikan Lena Sidi, Samah Ikram dan Abang Jefri Bohari menerima sumbangan derma berupa wang daripada JTS Sri Aman di sini kelmarin.

Pegawai Tanah JTS Bahagian Sri Aman Emeilia Michael diberi penghormatan menyampaikan sumbangan derma kepada penerima.

Setiausaha Kelab Kebajikan JTS Bahagian Sri Aman Ramli Abu Sera berkata bahawa penerima sumbangan itu adalah terdiri daripada sanak-saudara kepada kakitangan yang telah meninggal dunia sebelum ini.

Menurutnya, tujuan JTS Bahagian Sri Aman menyampaikan sumbangan itu adalah bagi menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan kakitangan yang ditimpa pelbagai musibah.

“Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan rasa duka kalangan sanak-saudara para kakitangan JTS Bahagian Sri Aman,” katanya di sini semalam.

Turut diadakan majlis berbuka puasa disertai 80 kakitangan JTS Bahagian Sri Aman.

Advertisement