Anda di sini

Jersi pasukan Jerman ‘terlajak laris’

Advertisement

BERLIN, Jerman: Penyokong pasukan Jerman sudah membeli lebih dari dua juta jersi pasukan itu sepanjang tempoh kemaraan mereka ke final Piala Dunia 2014, dengan syarikat pengeluar jersi gergasi Jerman, Adidas, kelihatan bergelut memenuhi permintaan.

“Kami sudah menjual lebih dari dua juta jersi,” kata pengurus Adidas, Herbert Hainer ketika memberitahu agensi berita SID.

“Saya terpaksa mendapatkan jersi dari seorang rakan dan walaupun bagi saya, ia agak sukar untuk mendapatkan jersi ini.

“Dan dari apa yang saya dengar, banyak kedai kehabisan stok.

” Jika Jerman menewaskan Argentina di final yang berlangsung di Stadium Maracana di Rio de Janeiro untuk menjulang trofi kejohanan buat kali keempat, Adidas akan mula menghasilkan jersi baharu dengan penambahan bintang di atas logo FA Jerman dengan setiap bintang menunjukkan jumlah trofi Piala Dunia yang dimenangi oleh setiap pasukan.

“Jersi dengan tiga bintang mungkin akan menjadi koleksi simpanan peminat,” kata Hainer.

“Jersi (dengan tiga bintang) pastinya laris dengan cepat – sama seperti jersi dengan empat bintang.

” Selepas Jerman membelasah Brazil 7-1 pada perlawanan separuh akhir, dengan memakai jersi hitam dan merah (jersi di gelanggang lawan), jersi kedua pasukan Jerman itu juga dibeli oleh peminat Jerman. — AFP

Advertisement