Anda di sini

Belia Kampung Bungin anjur Pertandingan Sepak Takraw

Advertisement

BETONG: Belia Kampung Bungin menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Terbuka DUN Saribas/Jemputan sempena Hari Raya Aidilfitri 2014 bermula pada 30 Julai depan (raya ketiga).

Pertandingan tersebut menyaksikan gelanggang sepak takraw Gerakan Desa Wawasan (GDW) Kampung Bungin sebagai medan persaingan dan ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam.

Pengerusi Pertandingan, Abdul Halim Madeni berkata objektif utama pertandingan tersebut adalah untuk mempromosi sukan sepak takraw sambil mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Selain memeriahkan sambutan Aidilfitri diharapkan ia dapat menaikkan semula sepak takraw di Kampung Bungin dan kawasan Saribas,” katanya semalam.

Tambahnya, juara akan membawa pulang wang tunai RM500, manakala naib juara akan meraih RM300, ketiga RM150 dan keempat RM50.

Yuran penyertaan bagi pertandingan ini adalah sebanyak RM50 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Julai (raya kedua).

Cabutan undi diadakan pada hari yang sama iaitu raya kedua bertempat di Dewan GDW Kampung Bungin, jam 2 petang.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Abdul Halim di talian 016-5226768, Zahiden Hanapi (014-3980493) atau Rudy Madeli (019- 8140616).

 

Advertisement