Anda di sini

40 anak yatim Kompleks Hamidah diraikan

Advertisement

MIRI: Pustaka Miri telah bekerjasama dengan Surau Darul Hijrah Piasau Utara untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, di sini.

Sejumlah 40 anak-anak kompleks berkenaan menghadiri majlis yang diadakan di surau tersebut dan mereka turut bersolat tarawih bersama penganjur dan penduduk kampung.

Sebelum berbuka puasa, Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) Pustaka Miri telah mengagihkan sumbangan serta duit raya kepada anak-anak yatim tersebut.

Mereka turut menyerahkan pakaian yang diderma kepada anak-anak Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup dan buku-buku agama kepada Surau Darul Hijrah.

Aktiviti berkenaan adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat Pustaka Miri dengan harapan dapat menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan serta mengeratkan silaturahim dengan komuniti setempat.

Hadir sama Pengurus Wilayah Pustaka Miri Salina Zawawi, Pengerusi Surau Darul Hijrah Ibrahim Hermanto Jepon, Presiden KSR Pustaka Miri Mohd Nizam Abang Takip, pegawai-pegawai Pustaka Miri dan penduduk Kampung Piasau Utara.

Advertisement