Anda di sini

271 orang kurang bernasib baik terima bantuan kewangan

Advertisement

KUCHING: Sambutan Aid­ilfitri kali ini lebih bermakna buat 271 orang kurang ber­nasib baik daripada sembi­lan kampung di sini kerana menerima bantuan kewangan daripada Ahli Parlimen San­tubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pada majlis yang diadakan di Surau Hayatuddin Kam­pung Semerang, Sabtu lepas, penerima bantuan terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya.

Dalam ucapan ringkasnya, Wan Junaidi yang juga Tim­balan Menteri Dalam Negeri meminta semua umat Islam di negeri ini mengekalkan hubungan baik dan kehar­monian dengan semua bangsa tanpa mengira perbezaan agama.

“Kalau dibandingkan den­gan negara-negara Islam lain, umatnya terpaksa menun­aikan ibadah puasa dalam sua­sana perang dan kucar-kacir, kita di Sarawak sangat berna­sib baik kerana dapat mela­lui Ramadan dalam suasana aman dan harmoni,” katanya dengan mengambil contoh kekecohan yang berlaku di bumi Gaza ketika ini.

Katanya lagi menerusi perpaduan, negara akan berkembang maju dalam bidang sosial, ekonomi dan fizikal.

Hadir sama isteri beliau Datin Feona Wan Junaidi, Pengerusi Surau Hayatud­din Dahlan Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi serta isteri Siti Shorgayah Zaidin .

Majlis diteruskan den­gan berbuka puasa bersama penerima bantuan dan pen­duduk kampung berdeka­tan.

Advertisement