Anda di sini

Kerepek terakhir

Advertisement

MAUT: Anggota paramedik semasa mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

KUCHING: Parah di kepala menyebabkan seorang penjual kerepek maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Petra Jaya di sini semalam.

Mangsa ialah Pion Nonong berusia 68 tahun, berasal dari Kampung Semera Lot, Sadong jaya.

Menurut sumber, mangsa semasa kejadian dikatakan baharu beredar dari sebuah kawasan perumahan berdekatan untuk menjual kerepek sekitar jam 12 tengah hari.

“Mangsa seorang yang peramah dan dia memang sering berkunjung ke kawasan perumahan berkenaan untuk menjual kerepek.

“Bagaimanapun, semasa dia melintas jalan tadi, sebuah kereta jenis Perodua Kancil gagal mengelak mangsa menyebabkan dia dirempuh sehingga mengalami kecederaan parah di kepalanya,” kata sumber.

Beberapa anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia ekoran kecederaan yang dialaminya.

Anggota dari Unit Trafi k Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching juga bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Mayat mangsa telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

 

Advertisement