Anda di sini

DAP Piasau anjur peraduan mewarna bagi kanak-kanak

Advertisement

MIRI: Pusat Perkhidmatan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Piasau menganjurkan peraduan mewarna untuk kanak-kanak pada 17 Ogos ini di Kompleks Myy Mall Lutong, di sini bermula jam 1 petang.

Jurucakap penganjur, Lee Kok Hock memberitahu pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori umur iaitu 7 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun.

“Kita mengenakan bayaran RM10 setiap peserta dan mensasarkan seramai 30 kanak-kanak terlibat dalam aktiviti itu,” katanya.

Hadiah wang tunai RM150 kepada juara, RM100 untuk pemenang tempat kedua dan RM50 pemenang tempat ketiga.

Hadiah sagu hati RM20 juga diberikan kepada lima peserta. Mereka semua juga akan menerima piala dan sijil.

Menurut Lee, setiap peserta juga akan menerima sijil dan beg cenderamata daripada penganjur.

Borang penyertaan boleh didapati di Pusat Khidmat dan Myy Mall, perlu dihantar sebelum 8 Ogos depan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Lee di talian 017-2444356 dan Cecilia Bilong di talian 085-656595.

Advertisement