Anda di sini

Anggota RELA dinasihat sentiasa jaga imej negara

Advertisement

KUCHING: Pengarah RELA Negeri Sarawak, Timbalan Pesuruhjaya RELA Rini Tupong mengingatkan anggota RELA supaya menjaga imej negara ketika bertugas di kawasan ICQS Biawak.

Peringatan ini dinyatakan oleh Rini pada majlis penyerahan sumbangan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri kepada anggota RELA yang bertugas di ICQS Biawak, Lundu dekat sini.

Menurut Rini, anggota RELA yang ditugaskan di ICQS Biawak bukan sahaja bertanggungjawab menjaga keselamatan malah pada masa yang sama turut membawa imej negara di mata negara jiran.

Dalam pada itu seramai 24 anggota RELA telah menerima sumbangan tersebut yang disampaikan sendiri oleh Pengarah RELA Negeri Sarawak.

Turut hadir Pegawai RELA Daerah Lundu, Penolong Pesuruhjaya RELA Abang Saffian Abang Gani serta pegawai-pegawai RELA dari lapan daerah terdekat.

Mengulas mengenai sumbangan tersebut, Rini berkata ia bukan sahaja khusus untuk petugas yang beragama Islam, tetapi juga untuk petugas yang bukan beragama Islam.

Sumbangan tanpa mengira kaum dan agama ini sudah menjadi budaya dalam kalangan RELA yang terkenal dengan keharmonian antara kaum sejak dahulu lagi.

Advertisement