Anda di sini

Nahas maut di Miri kian meningkat

Advertisement

Oleh Rosemaria Buma

DUIT RAYA: Stanley (kiri) dan Gan menyampaikan duit raya kepada anak anggota polis trafik pada majlis berbuka puasa di Balai Polis Trafik Miri kelmarin.

MIRI: Kemalangan maut di Miri terus meningkat dengan merekodkan sebanyak 30 kes dan melibatkan 31 kematian dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Gan Tian Kee berkata statistik ini menunjukkan peningkatan sebanyak 12 kes atau 66.7 peratus serta 13 kematian iaitu meningkat sebanyak 72.2 peratus berband-ing tempoh sama pada tahun lalu yang hanya merekodkan masing-masing 18 kes kemalangan maut dan kematian.

Manakala jumlah keseluruhan kes kemalangan yang direkodkan sepanjang tempoh sama iaitu dari Januari hingga Jun tahun ini adalah sebanyak 1,761 kes iaitu menurun sebanyak 47 kes atau 2.7 peratus berbanding tempoh sama pada 2013 dengan hanya 1,694 kes.

“Walaupun jumlah keselu-ruhan kes kemalangan yang direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan, namun kes kemalangan maut meningkat dengan ketara dan suatu yang membimbangkan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Trafik Miri di sini petang kelmarin.

Hadir sama timbalannya, Su-perintenden Stanley Jonathan Ringgit dan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Miri, ASP Zamry Alli.

Berdasarkan statistik sama kata Gan, penunggang motosikal merupakan pengguna jalan raya paling ramai terkorban di jalan raya dengan mencatat 11 orang, diikuti pemandu kereta dan pejalan kaki masing-masing enam orang, pemandu kenderaan pacuan empat roda (4 orang) dan pemandu bas (seorang).

Manakala jenis kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan adalah kereta iaitu 1,908 buah diikuti kenderaan pacuan empat roda (511), mo-tosikal (140), van (64), lain-lain (40), lori (66), treler (26), teksi (9), bas (8), bas sekolah (3) dan basikal (1).

Dalam pada itu menurut be-liau, jalan negeri terus menjadi medan maut dengan mencatat jumlah kemalangan maut tert-inggi iaitu 11 kes diikuti lain-lain (8), jalan persekutuan (6) dan jalan bandaran (5).

“Untuk ini, polis akan berbin-cang dengan beberapa agensi kerajaan yang lain supaya kita dapat membuat kajian untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada pen-ingkatan kes kemalangan maut di Miri, sama ada disebabkan faktor manusia atau lain-lain,” katanya.

Sementara itu menurut Gan, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, polis akan men-gadakan Ops Selamat seminggu sebelum dan seminggu selepas perayaan tersebut.

Sehubungan itu, beliau me-nasihatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan sikap ber-hemah ketika berada di jalan raya demi keselamatan diri dan orang lain.

Selepas sidang media, Gan dan Stanley turut meluangkan masa berbuka puasa bersama anggota polis trafik dan keluarga selain menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak anggota terbabit.

Advertisement