Anda di sini

Majlis ‘Ngiling Bidai’ Rumah Martenus sederhana tetapi meriah

Advertisement

KENANGAN MANIS: Martenus (duduk, tiga kiri) bersama-sama ahli keluarga dari sebelah isteri beliau.

 

BERTENAGA: Gandingan mantap dua ‘rockers’ dari Rumah Martenus menggegarkan dewan Hotel Li Hua.

AMBIL PELUANG: Kumpulan tarian poco-poco dari Rumah Martenus mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama pengacara majlis yang tidak asing lagi, Angelyn (kiri).

 

Sumbangan Othman Ishak //

MAJLIS Ngiling Bidai Rumah Martenus Nyuram, Sungai Assan telah diadakan secara sederhana namun cukup meriah dengan kehadiran para penduduknya yang memenuhi ruang dewan Hotel Li Hua, Sibu baru-baru ini.

Menurut Tuai Rumah Martenus Nyuram, majlis berkenaan telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah tersebut.

“Selain sebagai tanda berakhirnya sambutan Hari Gawai Dayak untuk rumah panjang kami pada tahun ini, majlis ‘ngiling bidai’ ini juga amat bermakna terutamanya untuk para generasi muda kami sebab ianya juga bertujuan untuk menanam sifat menghayati dan menghargai nilai kebudayaan sendiri agar ia tidak pupus ditelan zaman.

“Ini amat penting supaya anak-anak muda kami sentiasa sedar dalam memainkan peranan masing-masing untuk menghargai nilai kebudayaan sendiri walaupun sibuk dengan urusan serta komitmen harian mereka,” tambah beliau ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Martenus juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk rumah panjang serta rakan-taulan seperti Patrick, Eman dan Dally kerana dapat meluangkan masa bagi menyertai majlis berkenaan.

Kehadiran pengacara majlis yang anggun di arena hiburan tempatan, Angelyn Uchi Maseng menambahkan lagi seri majlis tersebut yang dipenuhi dengan palbagai acara menarik.

Advertisement