Anda di sini

Sorakan ceria bertukar menjadi cemuhan

Advertisement

 

HAMPA: Pemain tengah Brazil, Oscar tidak dapat menahan sebak selepas pasukannya tewas di tangan Jerman pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2014 di Stadium Mineirao, Belo Horizonte pada awal pagi semalam. — Gambar Reuters

Brazil alami kekalahan terburuk sejak tewas di tangan Uruguay di final Piala Dunia 1950

BELO HORIZONTE, Brazil: Impian Piala Dunia Brazil berkecai teruk Selasa lepas apabila dimalukan 1-7 oleh Jerman pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Dunia 2014, sekali gus mencipta rekod kekalahan terburuk buat pasukan tuan rumah dalam sejarah 100 tahun bola sepak mereka.

Enam puluh empat tahun selepas Brazil meratapi kekalahan di final Piala Dunia 1950 kepada Uruguay di Stadium Maracana, malapetaka Selasa lepas dilihat lebih teruk buat pasukan tuan rumah.

Kapten Brazil pada perlawanan itu, David Luiz, dengan segera meminta maaf kepada seluruh penduduk Brazil selepas kekalahan itu dengan media negara gilakan bola sepak itu melabelkan kekalahan sebagai “Malu yang Memalukan”.

“Minta maaf kepada semua orang, minta maaf kepada seluruh penduduk Brazil,” kata Luiz yang tidak dapat menahan sebak.

Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari, juga merasai kesedihan anak buahnya: “Kami meminta maaf,” kata Scolari.

“Kepada rakyat, maafkan kami di atas kesilapan negatif ini.

” Presiden Brazil, Dilma Rousseff, juga menambah kesedihan Brazil dengan berkata: “Seperti seluruh penduduk Brazil, saya berasa sedikit sedih dengan kekalahan ini.

Saya sangat bersimpati dengan seluruh rakyat.

Penyokong dan pemain kami,” kata beliau ketika menulis menerusi laman sosial, Twitter, di mana ramai penduduk Brazil menyua r aka n kemarahan mereka dengan hashtag #memalukan Brazil.

Penyerang Jerman, Thomas Mueller, yang menjaringkan gol kelima beliau pada kejohanan ini dengan satu gol Selasa lepas, mengakui beliau juga t e r s ent a k dengan skala kemenanga n pasukannya.

“Secara jujurnya saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan,” kata Mueller.

“Saya tidak mempercayainya.  Ia sesuatu yang sangat gila.  Ia berjalan dengan lancar hari ini,” tambah Mueller.

Laluan Jerman ke final sudah ditentukan selepas satu tempoh ‘gila’ dalam separuh masa pertama di mana mereka menjaringkan empat gol dalam tempoh enam minit.

Mueller membuka jaringan pada minit ke-11 sebelum Miroslav Klose menjaringkan gol kedua pada minit ke-23 untuk mencipta rekod gol ke-16 di Piala Dunia.

Toni Kroos menjaringkan dua gol pada minit ke-24 dan 26 untuk menjadikan kedudukan 4-0 sebelum Sami Khedira menjaringkan gol kelima pada minit ke-29.

Penonton tuan rumah di Stadium Mineirao kelihatan tersentak dan ada yang tidak dapat men a – han sebak dalam 30 minit pertama permainan.

Sorakan keceriaan dan sokongan mereka sebelum ini bertukar suram.

Selepas gol kelima, beberapa ratus penonton sudah mula meninggalkan stadium itu.

Beberapa penonton juga mula menyelar Presiden Brazil, Rousseff, yang sudah berdepan dengan bantahan penduduk ekoran perbelanjaan sekitar 11 bilion dolar untuk menganjurkan Piala Dunia ini.

Di seluruh negara, penyokong lain meninggalkan kawasan tayangan terbuka selepas membayangkan pasukan mereka tidak akan dapat bangkit terutama sekali menentang pasukan Jerman yang terkenal dengan disiplin di benteng pertahanan.

Walaupun Brazil menunjukkan peningkatan dalam separuh masa kedua dengan beberapa cubaan bahaya yang dinafikan oleh penjaga gol Jerman, Manuel Neuer, penderitaan mereka diteruskan lagi dengan dua gol pemain gantian, Andre Schuerrle.

Sorakan kini bertukar cemuhan setiap kali pemain Brazil menyentuh bola selepas pasukan mereka mencipta rekod kekalahan paling buruk. — AFP

Advertisement