Anda di sini

JPA tawar biasiswa yang di-Pertuan Agong

Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong bagi sesi 2014/2015 peringkat sarjana dan kedoktoran (Ph.

D).

Permohonan terbuka kepada semua warganegara yang berkelayakan.

JPA dalam satu kenyataan semalam berkata biasiswa itu ditawarkan bagi program pengajian dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi, undangundang dan kewangan Islam.

Permohonan yang mula dibuka sejak 3 Julai lepas melalui laman sesawang JPA www. jpa.gov.my atau http://esilav2. jpa.gov.my akan ditutup pada 18 Julai depan.

Maklumat lanjut tawaran biasiswa itu boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-88853546/3569/3571 atau e-mel di alamat [email protected]. my.

Program biasiswa tajaan JPA itu yang diperkenalkan pada 2006 adalah khusus kepada calon yang memiliki prestasi akademik dan bukan akademik (kokurikulum) cemerlang untuk melanjutkan pengajian di dalam atau luar negara. — Bernama

Advertisement