Anda di sini

Permohonan Malaysiakini untuk Pesuruhjaya Kehakiman tarik diri didengar 3 September

Advertisement

KUALA LUMPUR: Permo-honan penerbit Malaysiakini dan dua yang lain supaya Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wira Kamaludin Md Said menarik diri daripada mendengar saman yang di-failkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerjanya Datuk Ab Rauf Yusoh ter-hadap mereka berhubung penerbitan dua artikel akan didengar 3 Sept ini.

Peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Najib dan Ab Rauf ketika ditemui pemberita memaklumkan Timbalan Pendaftar Norfau-zani Mohd Nordin menetap-kan tarikh itu ketika kes itu disebut di dalam kamarnya semalam.

Wan Azmir memberitahu bahawa permohonan itu akan didengar di hadapan Kamaludin dan mahkamah turut menetapkan 24 Julai ini untuk pengurusan kes.

Pada 24 Jun lalu, Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Edi-tor Malaysiakini Steven Gan dan Ketua Pengarangnya Fathi Aris Omar memfailkan permohonan bagi meminta Kamaludin menarik diri daripada mendengar saman fitnah itu atas alasan bahaya berat sebelah yang nyata.

Oleh itu, mereka memohon supaya seorang Hakim Mahkamah Tinggi menden-gar kes saman fitnah tersebut.

Pada 30 Mei lepas, Najib selaku plaintif kedua mem-failkan saman itu atas kapasiti peribadi manakala Ab Rauf sebagai plaintif pertama bagi pihak Umno.

Pihak plaintif mendakwa defendan telah melapor, mengeluar dan membenar-kan penerbitan dua artikel bertajuk ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’ di bawah ruangan Yoursay di laman portal www.malaysiakini.com pada 14 Mei lepas.

Dalam ruangan itu, pihak defendan sendiri atau ejen atau pembantu mereka telah mengumpul komen-komen daripada pelanggan atau pengguna laman portal itu dan kemudian menggabung-kan komen-komen yang terpilih sebagai satu artikel, yang secara jelas memfitnah pihak plaintif dan diterbitkan semula pada laman portal itu.

Artikel bertajuk ‘A case of the PM reaping what he sows’ berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan dan hudud manakala artikel ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’ ialah mengenai krisis politik di Terengganu yang berlaku pada Mei lepas.

Najib dan Ab Rauf mendakwa pihak defendan dengan sengaja memben-arkan penerbitan artikel-artikel itu walaupun meng-etahui tuduhan mereka tidak berasas dan perkara yang tidak benar.

Najib mendakwa per-kataan-perkataan fitnah itu telah mencemarkan repu-tasinya sebagai ahli politik, selaku presiden Umno dan perdana menteri.

Kedua-dua plaintif juga mendakwa komen-komen dalam artikel-artikel itu ter-sirat sindiran untuk menunjukkan bahawa UMNO tidak cekap sebagai badan politik dan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka mendakwa perkataan fitnah telah juga direka untuk mencerminkan Umno sebagai menyalahgu-nakan kuasa demi kepentin-gan parti dan ia sebuah parti yang tidak demokratik dan sengaja dicipta situasi yang tidak diingini.

Akibat daripada penerbitan itu, pihak plaintif mendakwa, reputasi mereka telah terjejas dengan teruk apabila Umno dikecam terutama dalam media sosial dan media massa.

Berikutan itu, pihak plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi keterlaluan, faedah, kos dan perintah injunksi bagi menghalang pihak defendan, pembantu atau ejen mereka daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan atau menyebabkan penerbitan ar-tikel-artikel itu atau seakan-akan dengannya.

Mereka turut menuntut suatu perintah supaya pihak defendan membuat permo-honan maaf secara bertulis untuk disiarkan dalam akh-bar serta kos. — Bernama

Advertisement