Anda di sini

Sarawak tampil lebih mantap

Advertisement

Oleh Mahathir Haroun //

Beberapa pemain utama cedera bakal beraksi Piala Malaysia

KUCHING: Sarawak akan tampil lebih mantap dalam saingan Piala Malaysia 2014 apabila beberapa pemain utama yang tercedera bakal beraksi.

Sebulan sebelum aksi berprestij itu bermula merupakan tempoh penting untuk empat pemain menjalani rawatan selanjutnya dengan sebaik mungkin.

Empat pemain tersebut merangkumi tiga pemain import iaitu Muamer Salibasic, Gabor Gyepes dan Hassan Mohammad manakala pemain tempatan, Zamri Morshidi.

Menurut ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts tempoh rehat sebulan sebelum Piala Malaysia mungkin cukup untuk pemain-pemain terbabit pulih daripada kecederaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia bergantung kepada semangat dan kekuatan mental pemain yang tercedera itu sendiri.

“Kita memang berharap keempat-empat pemain terbabit dapat pulih daripada kecederaan dalam tempoh sebulan sebelum Piala Malaysia bermula.

“Empat pemain ini merupakan aset penting kerana mempunyai pengaruh dalam pasukan,” katanya dihubungi di sini semalam.

Dengan adanya keempat- empat pemain tersebut pasukan Sarawak mempunyai banyak pilihan untuk membarisi kesebelasan utama.

“Tanpa mereka pilihan untuk menggalas tanggungjawab selaku pemain kesebelasan utama agak terhad.

“Kita memang memerlukan khidmat keempatempat pemain terbabit,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau tidak menolak kemungkinan pasukannya mampu mengulangi pencapaian sehingga layak ke separuh akhir saingan Piala Malaysia seperti tahun lalu.

“Mungkin kita mampu ulangi pencapaian seperti tahun lalu. Kita dalam kancah Liga Super, kita mampu menyaingi pasukan kuat,” katanya.

Sarawak memulakan sesi latihan di Stadium Negeri di sini petang semalam.

Advertisement