Anda di sini

Ceramah awam mengenai GST di Pustaka Negeri

Advertisement

KUCHING: Selepas mendapat respons positif daripada orang ramai, Pustaka Negeri sekali lagi akan menganjurkan ceramah awam mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di auditoriumnya esok (9 Julai).

Ceramah itu akan bermula jam 10 pagi dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak Noelle Lily Morse dijemput sebagai penceramah.

Kali ini Pustaka Negeri akan memastikan tetamu yang menghadiri ceramah itu akan mendapat gambaran jelas dan pemahaman lebih baik mengenai GST terutama melibatkan pelaksanaan serta sebab dilaksanakan.

GST diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Parlimen pada Oktober 2013 dan akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan dengan kadar tetap enam peratus.

“Kami menjemput orang ramai hadir ke ceramah ini. Kemasukan adalah percuma,” menurut kenyataan itu.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Amir Hamzah Ahmad, Drang Jite atau Chai Yeu Shaw di talian 082-442000 sambungan 330 atau 329.

Advertisement