Anda di sini

Gramong sempurnakan Majlis ‘Ngiling Bidai’ di tiga venue

Advertisement

BERAKHIRNYA GAWAI: Gramong (tengah) bersama tetamu kehormat yang lain menyempurnakan Majlis ‘Ngiling Bidai’ di Rumah Ron.

ADAT: Gramong (tengah) semasa upacara miring di Dewan Masyarakat Machan.

RASMI: Perasmian lantai jubin oleh Aaron dan Gramong (tiada dalam gambar) di Rumah Ron.

 

 

Oleh Watt Zacchaeus //

MENTERI Muda Pelancongan (Acara dan Produk) merangkap Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Gramong Juna telah menyempurnakan Majlis Ngiling Bidai di tiga venue di Kanowit, baru-baru ini.

Venue pertama ialah di Dewan Serbaguna Nanga Lipus diikuti di Dewan Masyarakat Machan dan Rumah Ron, Nanga Ngungun.

Turut mengiringi beliau ialah Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Maurice Giri, Pegawai Daerah Kanowit Noel Katis Nyabong dan Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail.

Pada majlis itu, beliau turut menjayakan program sesi bertemu rakyat, mengumumkan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM8,000 kepada Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Nanga Lipus, merasmikan lantai jubin serta mengumumkan MRP sebanyak RM15,000 kepada JKKK Rumah Ron.

Dalam ucapannya semasa menghadiri ketiga-tiga majlis tersebut, Gramong menggesa rakyat supaya mengekalkan semangat perpaduan dan kerjasama untuk mewujudkan harmoni dan keamanan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan menegaskan supaya rakyat mengelakkan isu negatif dan sensitif dalam kehidupan mereka.

“Buang sikap suka bertelagah antara satu sama lain dan jayakan agenda kerajaan dalam memajukan rakyat dengan melibatkan diri dalam pelbagai bidang tertentu seperti ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

“Raikanlah setiap perayaan dalam suasana aman damai dan menerapkan semangat 1Malaysia,” tambahnya lagi.

Advertisement