Anda di sini

Muhyiddin rakam takziah buat keluarga Sharifah Aini

Advertisement

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Biduanita Negara Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia awal semalam.

Muhyiddin menyifatkan pemergian Sharifah Aini, atau Kak Pah, sebagai satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air.

“Sumbangan Allahyarham dalam mengangkat bidang seni negara amat besar dan tiada duanya, dan pemergiannya adalah suatu kehilangan yang tiada pengganti.

“Semoga keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletak dalam kalangan orang-orang yang solihin lagi beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama semalam. — Bernama

Advertisement