Anda di sini

Kesulitan penduduk Rumah Anthony Ikus kini selesai

Advertisement

KANOWIT: Segala kesulitan penduduk di Rumah Anthony Ikus di Nanga Pedai di sini selesai selepas jalan simen mereka siap dilaksanakan.

Jalan simen menuju rumah panjang itu dibina dengan kos sejumlah RM5,000.

Majlis perasmian jalan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Alexander Vincent semasa berkunjung ke Rumah Anthony di sini.

Selain merasmikan jalan itu, Alexander turut melawat rumah panjang tersebut.

Lawatannya tidak hanya membawa ‘tangan kosong’ tetapi turut memberikan buah tangan kepada penduduk di situ dengan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sejumlah RM5,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Anthony dan RM3,000 untuk pertubuhan wanita di rumah panjang tersebut.

Dalam ucapannya, Alexander berharap penduduk di situ dapat menggunakan kemudahan disediakan dengan sebaik mungkin demi manfaat semua.

Beliau turut menggesa rakyat di situ agar terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) demi pembangunan berterusan.

“Sokongan anda semua amat diperlukan oleh kerajaan BN untuk terus mentadbir negeri ini, seterusnya menjamin pembangunan berterusan khususnya di luar bandar,” katanya.

Hadir sama Pegawai Daerah Kanowit, Noel Katis Nyabong dan Tuai Rumah Anthony Ikus.

Advertisement