Anda di sini

El Nino dijangka tidak beri kesan terhadap sektor pelancongan Melaka

Advertisement

MELAKA: Fenomena El Nino yang diramal melanda Malaysia pertengahan tahun ini dijangka tidak memberi kesan besar terhadap sektor pelancongan negeri ini.

Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan pengalaman sebelumini bahawa perubahan cuaca secara mendadak tidak memberi kesan besar terhadap sektor pelancongan di negeri ini, terutama dari segi kedatangan pelancong.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri bimbang fenomena itu akan menjejaskan sektor lain seperti bekalan air dan perikanan.

“Kita telah lakukan banyak perbincangan di peringkat kerajaan negeri sebelum ini dan telah merangka pelbagai pelan bagi menghadapi fenomena El Nino, maka saya nasihatkan semua pihak terutamanya orang ramai supaya tidak risau. — Bernama

Advertisement