Anda di sini

Utamakan langkah cegah demam denggi

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat mengutamakan langkah-langkah pencegahan daripada dijangkiti demam denggi.

Najib dalam catatan di la-man Facebooknya semalam antara lain mencadangkan pengurangan aktiviti luar pada waktu pagi iaitu antara jam 5.30 pagi dan 8 pagi; serta waktu senja (5.30 petang hingga 8 malam) yang merupakan waktu aktif nyamuk untuk menggigit.

“Kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mera-wat. Seperti yang kita semua ketahui, tiada ubat khusus yang boleh menyembuhkan pesakit dari demam denggi. — Bernama

Advertisement