Anda di sini

Warga India lega bebas tuduhan seludup dadah

Advertisement

KUCHING: Seorang warganegara India menarik nafas lega di Mahkamah Tinggi di sini apabila dibebaskan daripada tuduhan menyeludup dadah.

Hakim Datuk Rhodzariah Bujang membuat keputusan untuk membebaskan Ramasamy Mahendran, 43, dari pertuduhan dikenakan ke atasnya selepas hakim memutuskan tidak ada kes prima facie terbukti terhadap tertuduh oleh pihak pendakwaan.

Ramasamy dituduh memiliki 6,073 gram dadah jenis Ketamin apabila diberkas di balai ketibaan di lapangan terbang pada 2.

30 petang pada 22 Februari tahun lepas.

Penyeludupan dadah, di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1953 memperuntukkan hukuman mati, jika disabit kesalahan.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Ramasamy ditahan reman sejak 23 Februari tahun lepas memandangkan pertuduhan itu tidak boleh diikat jamin.

Buat sementara waktu, dia diletakkan di bawah penjagaan Jabatan Imigresen Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzilla Ishak menggantikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam bela Osman Ibrahim dan Fadzillah Osman.

Advertisement